Cara elak anak nangis hari pertama di tadika

Kebiasaannnya penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman..kalau takder pengalaman tak dapat penghayatan..so bagi kes anak yg nangis ke tadika pada hari pertama adalah kebiasaan yg harus ibu bapa tempuhi..saya juga menempuhinya dengan tenang.anak pertama dan kedua saya sua nangis..sebab mereka rapit/rapat dan belum pernah ditinggalkan jauh dari ibunya..hehehe

Hari selasa bersamaan 3.1.2017 tentu ramai ibu bapa yang mula menghantar anak ke tadika. Bagi yang baru pertama kali pergi ke tadika tentu berdebar-debar perasaannya. Si kecil mungkin sudah sedia maklum sejak lama lagi tentang kemasukan mereka ke sekolah.
Disini saya sediakan tips bagaimana nak kurangkan tangisa si kecil..

Ambil cuti jika ibu bapa bekerja bagi menemani nya sebagai tanda sokongan dia ke tadika..tidurkan awal juga bangunkan anak awal ke sekolah..kejut lemah lembut dan jangan berkeras untuk mengambil hati dan memoerbaiki mood nya..berikan dia kata kata pujian dan semangat selalu..especially anak perempuan..kalau anak lelaki banyakkan sentuhan kasih sayang padanya..cium di dahi sebelum meninggalkan nya di tadika..sediakan bekal makanan yang hebat sikit supaya dia bersemangat nak ke sekolah dan makan dengan kawan kawan.

Terangkan kepada anak yang anda akan kembali mengambil mereka selepas kelas pembelajaran selesai. Maklumlah jika tidak dipesan bimbang pula anak risau apabila tidak nampak kelibat anda di tadika.

Yakinkan si kecil yang dia akan gembira belajar bersama kawan-kawan di tadika.


Sebagai salah satu cara untuk menggembirakan anak, jangan lupa untuk mendapatkan maklum balas anak semasa di tadika dengan bertanyakan soalan yang positif seperti "tadi cikgu ajar apa?", "tadik lukis apa?" dan "ramai kawan tak?"

Secara tak langsung ia akan merangsang anak untuk seronok bercerita pengalaman pertamanya di tadika..ulangkaji semula apa yang diajar..buka begnya dan tengok hasil yang dibawa balik serta pujilah mereka jika ada lukisan dan penulisan mereka yang dibuat...

Semoga dengan cara ini, anak akan lebih bersemangat untuk ke sekolah, ibu dan ayah pun senang hati.ye tak?

Comments

Popular posts from this blog

Jualan Balik ASNB Redemption Pelaburan Subscription

PURI DAN CAPATI

Pinggan sihat Malaysia..Suku Suku Separuh