LANGKAH MEMBASUH BOTOL SUSU ANAK

1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.jangan tinggalkan botol susu lama lama tak basuh..nanti kesan degilnya lebih susah dibersihkan

2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.

3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.

4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses pembersihan dan pensterilan.

JIKA nak lebihkan kesan yang baik...basuhlah dengan basic h...tiru macam sayer..
Wasap 0182949039

Comments

Popular posts from this blog

Jualan Balik ASNB Redemption Pelaburan Subscription

PURI DAN CAPATI

Pinggan sihat Malaysia..Suku Suku Separuh