PURI DAN CAPATI
Siapa suka makan Puri?
Puri ialah makanan tradisi India sebagai makan pagi /snek untuk breakfast.
Puri selalunya di makan dengan sambal sardin, kari daging dan kimma juga ubi dalca.
Ada yang kata ianya sejenis makanan yang tidak sihat sebab berminyak, namun jika ianya menggunakan minyak bunga matahari atau minyak naturel - boleh lah makan dan sihat untuk diambil BUKAN setiap pagi.Puri dibuat daripada tepung atta. Ramai peminatr vegeterian suka ambil puri sebagai breakfast sebab senang nak sediakan dalam jangkamsa yang sangat cepat.
Kalau diambil dengan sambal sardin memang sangat sedap dan sihat.
Entry hari ni bersifat santai keluar dari topik seperti selalu sebab nak cari peminat puri?bukan peminat shaklee, sebab hari hari cerita pasal shaklee pun boring blog ni. So hari ini saya cerita pasal makanan yang sangat organik iaitu capati dan puri
Kalau di Penang, Puri boleh try dekat Best Tandoori Chicken atau dekat restoran dalam Little India.
Kalau dekat Petaling Jaya, sudah pasti Haja's Cafe menjadi pilihan dan tarikan untuk menikmati Puri.
Kedai ni tak seberapa canggih macam kedai lain tapi Roti Puri asli boleh try rasa la..memang sedap.
Kalau anda memilih makanan sihat, PURI bukan pilihan sebab ianya di goreng dalam minyak untuk memberi kesan efek garing dan kembung serta gebu macam dalam gambar di atas.
Tapi kalau nak diet dan feel zero kolestrol, boleh lah makan capati dan sardin serta kari ikan yang selalu menjadi pilihan di kedai Haja's Cafe. Capati yang sangat lembut ni juga berasal daripada India dan Arab, Kedai ni dah lama hampir 21 tahun di kawasan New Town Petaling Jaya.Capati ni tak susah buat tapi kena uli lama sikit untuk memberi kesan kelembutan roti tersebut. Masih sama cara membuatnya menggunakan tepung atta. Ada yang mengambilnya dengan Kimma..mesti tertanya tanya apa dia Kimma, Kimma ni ialah sejenis masakan rendang daging (kisar)rempah india.
Dia tidak berkuah dan sangat sedap.
Dia tidak berkuah dan sangat sedap.
Tepung atta ni lah keistimewaannya dalam seni pembuatan roti sebab ZERO KOLESTROL.
Ramai yang tanya di mana lokasi Haja's Cafe ni bila bagi tahu sedap puri ni, Haja's Cafe ni dekat dengan kawasan Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan bersebelahan dengan Restoran Rojak Subang dan KFC.Rojak Subang tu pun sedap tapi saya takder gambar nak tunjuk.Kalau sebelah petang boleh lah menikmati air kelapa dengan Rojak Subang di kawasan tu.memang takkan mengecewakan anda semua..
Comments
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Singgah Komen