Czer Pilihan Terbaik untuk selamatkan nyawa ibu dan bayi
Czer; Pilihan Terbaik Untuk Selamatkan Nyawa Ibu Dan Bayi
.
Assalamualaikum,
.
Pernah tak anda ditawarkan oleh doktor untuk bersalin secara czer semasa anda masih lagi hamil?
Tidak semua ibu hamil, akan di cadangkan untuk bersalin secara czer. Melainkan kerana ada masalah pada kandungan ataupun ibu hamil itu sendiri ada masalah kesihatan yang menyukarkan dia untuk bersalin secara normal.
Perlukah anda untuk rasa risau, jika doktor mencadangkan bersalin secara czer? Untuk berasa risau atau tidak, sebaiknya terlebih dahulu anda perlu tahu apa itu czer. 🙂
Apakah pembedahan Caesarean Atau Czer?
Caesarean atau dikenali sebagai C-Section merupakan pembedahan di mana pakar akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini dilakukan jika dikhuatiri berlakunya komplikasi semasa kelahiran dan ia adalah lebih selamat berbanding kelahiran biasa.
Jenis Caesarean
1. Elektif
✔pemilihan hanya akan ditentukan sebelum sakit bersalin bermula
✔kecenderungan lebih diberikan kepada ibu yang pernah membuat pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya
✔Jika ibu dikesan ada jangkitan kuman yang disebarkan melalui hubungan seks seperti HIV dan herpes. Pembedahan penting untuk mengelakkan kemungkinan bayi terjangkit
✔Jika ibu ada masalah kencing manis dan darah tinggi yang teruk
✔Jika bayi terlalu besar atau hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang
✔Jika uri berada pada kedudukan bawah, bayi songsang atau melintang
✔atau jika ibu sendiri yang bersetuju untuk melahirkan bayi pada masa-masa tertentu yang disahkan selamat berada dalam pemilihan C-section
2. Kecemasan
✔jika anak lemas sehingga degupan jantung bayi berubah perlahan
✔jika uri di bawah dan menyebabkan pendarahan yang banyak
✔jika kontraksi rahim kuat namun pintu rahim tidak terbuka dan pendarahan faraj secara tiba-tiba
✔jika cubaan menggunakan vakum untuk menarik bayi lahir secara normal gagal
Dalam prosedur C-Section, terdapat dua jenis bukaan, iaitu melintang dan menegak. Biasanya Caesarean melintang lebih kerap dilakukan kerana cepat sembuh. Sungguhpun begitu, pemilihan jenis bukaan ini bergantung kepada keperluan dan keadaan ibu ketika itu
Tips Penjagaan Selepas Bersalin C-Section
✔Biasanya tubuh memerlukan hampir enam bulan dan kadang-kadang setahun untuk pulih sepenuhnya.
✔Dalam minggu pertama selepas bersalin, banyakkan berehat
✔Namun, selepas 12-18 jam melahirkan, ibu yang mampu untuk bergerak digalakkan untuk berjalan perlahan sambil menyokong kawasan luka pembedahan untuk mengurangkan kekejangan otot, membantu penghadaman dan darah beku akibat radan vena
✔Sekiranya ingin duduk, jangan pilih kerusi yang empuk kerana sekiranya ingin bangun semula, lebih banyak tenaga diperlukan dan dikhuatiri akan membebankan tulang belakang
✔Elakkan dari turun naik tangga
✔Gunakan bangku untuk mencapai sesuatu yang berada pada permukaan tinggi
✔Berurut lepas bersalin, tidak dilarang, tapi pastikan urutan itu tidak terlalu kuat pada tubuh, terutamanya di sekitar kawasan luka pembedahan
✔Di galakkan ibu banyak minum air semasa dalam pantang untuk mengelakkan masalah darah beku
Bagaimana bangun buat pertama kalinyer selepas czer?
1- cari towel/ bantal untuk ampu/ support luka czer....
Jika mampu, beli abdominal binder utk keselesaan, support luka czer dgn baik, dan memudahkan anda utk bangun, tanpa menganggu kedua tgn... kerana tgn penting utk menampung badan anda semasa bgn.
2- mengiring kanan/ kiri..
3- bersedia utk menjatuhkan kaki anda kebawah dari katil...
4- dgn mengunakan kekuatan tgn perlahan lahan cuba bangun sehingga anda dlm posisi duduk
5 - stabilkan diri anda...bernafas dgn baik, tunggu dlm 3-5 minutes jika tiada pening, bangun perlahan2...dan berdiri
6- stabilkan diri anda, jika tdk rasa pening mulakan langkah anda.
Penjagaan luka pembedahan,
1- makan makanan yg berzat dan seimbang. Lebihkan protein dan vitamin utk penyembuhan dan melawan jangiitan kuman.
2- pastikan luka sentiasa kering terutama selepas mandi..
3- jgn letak apa2 ubat traditional diluka anda.
4- jika anda jenis yg banyak berpeluh semasa pantang , elakkan pemakaian baju yg tebal...peluh mengundang kuman yg menyebabkan luka terkena jangkitan mengakibat luka terbuka dan bernanah...
Berpantang ikut kesesuaian dan keadaan badan kita, bukan badan org lain...
5- lakukan senaman pernafasan, dgn berbaring, nafas dari hidung dgn menaikkan abdomen( mcm surge breathing/ belly breathing) utk meningkatkan peredaran darah, promote luka utk cepat sembuh dan memantapkan abdomen( utk elak perut buncit)
Perkara yang perlu anda tahu, jika anda merancang untuk mengandung semula
#Sebelum seorang ibu, ingin merancang untuk hamil semula selepas menjalani C-section, sebaiknya ambil masa yang sesuai. Paling tidak rancang dan mengandung semula selepas dua tahun atau paling awal setahun setengah. Ini penting bagi memastikan tubuh benar-benar sudah pulih sepenuhnya.
C-section ialah pembedahan yang besar dan seperti mana-mana pembedahan yang lain, ia ada risiko-risikonya yang tersendiri. Berikut adalah risikonya:
Risiko terhadap bayi:
✔Kelahiran pra-matang
✔Masalah pernafasan
✔Luka
.
Risiko terhadap ibu:
✔Jangkitan kuman pada rahim dan organ yang berdekatan
✔Lebih kehilangan darah – dua kali ganda lebih dari bersalin biasa
✔Usus kurang aktif – rasa kembung, tidak selesa berterusan sehingga berhari-hari
✔Komplikasi pernafasan – jangkitan paru-paru terutama apabila pesakit diberikan bius
Sumber: Dr. Adilah Ahmat, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Majalah I-Sihat
Comments
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Singgah Komen